Popular Posts

Saturday, November 12, 2011

Johnny Depp Beli Pesawat Sebab Rokok!!!




AKTOR yang kini sedang mempersiapkan filem terkininya, Rum Diary, Johnny Depp mengakui bahawa dia suka pergi ke sesuatu tempat dengan menaiki pesawat peribadi berbanding pesawat biasa. Sebab utamanya adalah dia boleh merokok tanpa dilarang!
Malah, Depp turut memberitahu contactmusic, selain tidak suka dilarang merokok, dia juga berasa kurang selesa apabila penumpang lain akan memerhatinya seperti dia makhluk asing.
Katanya: “Kalau naik pesawat sendiri, saya boleh merokok. Ia adalah pengalaman yang mahal.”
Ironi, aktor berusia 48 tahun ini sebenarnya sudah berhenti merokok sejak dua tahun lalu. Namun setelah mula bekerja untuk projek terkininya itu, dia kembali merokok. Lebih parah dia telah menjebak semula pengarah filemnya, Bruce Robinson yang telah berhenti minum alkohol, kembali ke tabiat lamanya.
sumber: kosmo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen fb