Sewaktu
bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam
hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa
memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan
doa di dalamnya.”
Banyak
doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling
baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya
Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu
yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih
dan kejayaan yang besar.”
Semoga
dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya
menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak
kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah
s.a.w. biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya
baginda bersujud.
Keistimewaan
umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang
bermaksud:-
“Tiadalah
ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar
itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam
khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab
baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh
seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih
bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat
Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu
kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di
dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh
cahaya wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
Ahli
neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:-
“Apabila
Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia
kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang
menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan
sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan)
bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh
anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah
Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu
mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang
benar-benar mendapat rahmat.
“Tunjangkanlah
resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan
mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati.”
No comments:
Post a Comment