Popular Posts

Thursday, November 10, 2011

Kisah Tapak Sulaiman







bagaikan diriku tapak sulaiman.....terdampar di pantai berlagu sepi.....cewahhhh...sedap x suare itew nyanyi....hehehe...mesti korg prnah dgr kn lagu nyanyian elyana ni (dh jd bini org dh die yer)...sambil2 layan lagu ni bley la bca kisah motivasi kt bawah ni ye (kisah tapak sulaiman)...


l
l
l
l
l
l
l
V





SUDAH menjadi rutin lelaki tua itu untuk bangkit dari tidurnya sebelum dinihari. Dia lazimnya memulakan hari baru dengan berjalan menyusuri pantai yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Pada suatu pagi yang bening,sambil dia berjalan,terlihat olehnya seorang pemuda sedang membongkokkan badannya sambil mengutip sisa-sisa tinggalan yang dibawa naik ke gigi air oleh air pasang semalam.Selain sampah sarap,pemuda tersebut turut mengutip tapak sulaiman yang terdampar lalu membalingkannya semula ke laut.

lelaki tua itu tertarik untuk bertanya apakah tujuan pemuda tersebut berbuat demikian."air pasang telah menyebabkan tapak2 sulaiman ini terdampar ditepian pantai dan ia tidak boleh kembali semula kelaut dengan sendirinya," balas pemuda itu.Sambungnya."semuanya akan mati tatkala terbit mentari kecuali saya membalingnya semula ke laut."

Sambil pemuda tersebut berkata-kata,lelaki tua tadi hanya memperhatikannya.Matanya meleret menyaksikan laut yang terbentang luas.Tapak-tapak sulaiman yang terdampar pula tidak terkira banyaknya.

"Tetapi,tapak sulaiman ini entah berapa bilangannya.Bolehkah anak muda menyelamatkan kesemuanya sebelum matahari muncul? sudah tentu rancangan saudara ini tidak akan membawa apa-apa perubahan," soal lelaki tua itu lagi.



Orang muda itu terdiam.. dia terfikir..dan dia terfikir ada betulnya kata-kata orang tua itu.

Orang muda itupun lihat sekitar, memang banyak lagi tapak sulaiman, tak mampu dia nak selamatkan semua..

Kemudian dia ambil seekor lagi tapak sulaiman untuk balingan terakhir sebelum pulang..Ketika hendak mencampakkan tapak sulaiman terakhir itu, dia terfikir..dan dia meluahkan apa yang dia rasa pada orang tua itu.



Pemuda tersebut melontarkannya sejauh mungkin ke lautan.Lantas,dia berpaling ke arah lelaki tua dan berkata: "Saya telah melakukan perubahan kepada yang tadi,dan ini...,dan ini... (sambil terus mengutip dan melontar dan mengutip dan melontar lagi)"


Pemuda itu berkata lagi..."Orang tua, aku mungkin tidak dapat menyelamatkan semua, tetapi setiap tapak sulaiman yang telah aku selamatkan besar maknanya. Kerana aku orang kecil tak bermakna aku tak mampu membantu tapak sulamiman ini, selagi aku aku terdaya, aku akan mencampakkannya agar ada tapak sulaiman terus selamat, tidak dibiarkan mati begitu sahaja"


Lelaki tua itu terdiam dan pulang ke kediamannya dengan perasaan malu...

Kita semua mampu melakukan perubahan dengan hanya tindakan2 kecil yang kita lakukan.Kita tak pernah tahu apakah impaknya dari hanya sekuntum senyuman yang dilemparkan,sentuhan atau kata-kata baik yang keluar daripada mulut kita.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen fb